Friday, August 24, 2007

Assalamualaikum my Malay brethern

You are all invited to post comments and write on anything related to Bloggeronester Blog Spot theme, either in the Malay Language - Bahasa Melayu or English Language. Non-Malays and Non-Malaysians are very much welcome too! It's open to all ...



My first posting after reading many postings on other blogs - in the Malay Language; our national language:



Bahasa Jiwa Bangsa! Saya amat bersetuju sekali. Kenapa kaum cina & india bermati-matian nak kekalkan bahasa ibunda mereka? Nak kekalkan identiti?? Melayu setuju terima konsep sekolah wawasan, setuju terima pengajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris, tapi tidak kaum cina! Kenikmatan daripada progam PPSMTI seperti pemberian komputer riba, dan sebagainya mereka terima untuk sekolah-sekolah mereka tetapi masih mahukan pengajaran 2 subjek tersebut dalam bahasa mandarin! Tengok saja sikap ekstrimis dalam persatuan DJZ dan juga juga penguasaan Bahasa Melayu oleh kebanyakkan orang-orang bukan melayu, termasuk ahli-ahli politik mereka dan yang sedihnya tengok saja cara bekas menteri-menteri kanan seperti Lim Keng Yaik & Samy Velu berbahasa Melayu!!! Dan baru ini tengok juga cara Ong Ka Chuan, bekas guru, menteri kabinet yang baru dilantik. Ini semua setelah 50 tahun merdeka!! Saya juga mempunyai ramai sahabat & kenalan dari kalangan bukan Melayu & yang sedihnya sebahagian daripada mereka, hatta yang berpelajaran tinggi sekali pun masih selalu merujuk kepada negara India & China sebagai "motherland", di sini sudah dapat kita lihat di mana kesetian mereka, di mana kiblat mereka!! Baru-baru ini pula kaum india dengan HINDRAFnya berdemonstrasi merata-rata dengan isu-isu perkaumannya. Mereka minta dihapuskan Hak Keistimewaaan Orang Melayu & yg anehnya pula pada masa yg sama mendesak supaya kaum-kaum minoriti India di Tanah Melayu pula diberi "special provisions"!!! Apabila sesuatu memihak kepada mereka, selalu dikatakan supaya rujuk kpd "social contracts" yang telah dipersetujui oleh our "fore-fathers", bukah kah Hak Keistimewaaan Orang Melayu sudah termaktub didalamnya???

Kerajaan juga tidak patut menukarkan kembali Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Mana ada bahasa amerika, bahasa australia, bahasa new zealand, bahasa canada atau bahasa UK tetapi BAHASA INGGERIS! Janganlah kerana dek nak mengambil hati kaum pendatang perkara yang utama seperti ini pun hendak dikompromikan. Kesian Pendita Zaaba, Tuan Syed Nasir, dll pejuang Bahasa.


Wallahualam. Wassalam. "Good day"!